Sunday 11 January 2015

Filled Under:

Apa Yang Pasangan Ini Buat Sehinggakan Ratusan Tetamu Tercengang Ketika Majlis Persandingannya?


Perkahwinan sememangnya dituntut dalam Islam. Pelbagai ragam kita dapat lihat semasa majlis persandingan diadakan sama ada dari tetamu atau dari pasangan pengantin sendiri.

Pastinya ia suatu persandingan yang cukup manis apabila seorang penolong penerbit TV sebuah stesen penyiaran tanah air ‘dikejutkan’ dengan permintaan hadirin yang mahukan dia dan pasangannya menari tarian zapin.

Ianya berlaku sewaktu sekumpulan penari zapin sedang menghiburkan pasangan mempelai dalam majlis persandingan mereka di Felda Kemelah, Segamat, Johor.


Oleh kerana tidak mahu menghampakan tetamu yang datang, Norishah Mohd. Aris dan suaminya Mohd Fuad Hussaini, kedua-duanya berusia 27 tahun pun ‘mengatur langkah’ menari tarian Zapin .
Nasib baik kedua-dua mereka memang sama-sama pernah mewakili daerah dalam pertubuhan kebudayaan Felda di kampung mereka suatu ketika dahulu .

Post by Puan Joy.


Bila si raja sehari dipaksa zapin di majlis sendiri!! Sape punye idea la ni kan? Hahaha nasib baik ingat step! This is awesome moment! Tq so much
Jadi ‘step’ tu masih ingat lagi sikit-sikit…
Walau bagaimanapun tahniah kepada kedua-dua mempelai kerana ‘sporting’ menghiburkan tetamu yang hadir .
Semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat ….amin






0 comments:

Post a Comment