Tuesday 17 February 2015

PANAS...Zaquan Adha Hantarkan SMS Rindu Kepada Rita Rudaini ???



Baru-baru ni di laman Instagram Rita, Gomez ada ternampak dia ada upload satu gambar screen shot conversation Rita dengan ntah la siapa kan. Dari cara mesej tu boleh jadi bapa kepada anak-anaknya kan. Hurm.. Nak cakap Zaquan yang text si Rita ni, boleh jadi jugak kan...

Alah.. Sebenarnya tak salah pun kalau Zaquan text Rita sebab nak tanya khabar dia dan anak-anak dia kan. Kang tak tanya kata tak ambil tahu pulak, betul tak?? Korang yang komen kat situ pulak yang lebih-lebih nak jadi batu api haha !

Takat mesej je pun bukan bermaksud nak rujuk ke hape kan.. Lagi pun Zaquan dengan wife baru dia, Zarema Zainal dah pun dikurniakan cahaya mata. Jaga la sikit perasaan orang wanita ni.

Apa-apa pun siapa sebenarnya ekkk gerangan yang mesej Rita ni?? Hanya dia sorang je yang tahu. Errr.. Rita tak nak kongsi ke sape yang mesej rindu-rindu tu.. Heheee nak tahu jugak sape kihkih.



sumber-UtaraNews


Monday 16 February 2015

Wanita Ini Tidak Pernah Senyum Selama 40 Tahun Demi Menjaga Kulit Muka Dari Berkedut...Jom Lihat Perbezaan Sewaktu Umur 19 Tahun !!!

UMUR 43 TAHUN

UMUR 36 TAHUN

UMUR 19 TAHUN
TAK JAUH BEZA KAN ?


Monday 12 January 2015

Beberapa Gambar AKSI FAD Bocey Bersama Kekasihnya Yang Jelita !!!


BAGI pengemar rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2014, pastinya cukup mengenali kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad.

Meskipun nama mereka agak baru dalam industri hiburan, populariti kumpulan Bocey ini tidak perlu diperkenalkan apatah lagi wajah mereka sering menghiasi kaca TV mahupun layar perak.

Namun, kami tertarik dengan kisah salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Fad yang nampaknya sedang hangat dilamun cinta.

Ini dibuktikan dengan gambar seorang wanita yang sering dimuatnaik Fad dalam akaun Instagram peribadinya.

Aksi-aksi romantis mereka jelas menunjukkan yang gadis tersebut berkemungkinan kekasih yang bertakhta di hatinya kini...

Kalau betul, apa salahnya kan…

Tambahan pula, raut wajah kekasih hati Fad Bocey ini tampak manis dan cantik sekali. Nampaknya, tinggi juga citarasa pelawak terkenal ini memilih kekasih hati kan. Hihi...

Apa pun, kami doakan moga pasangan ini berbahagia dan kepada para gadis yang ada menyimpan hati pada Fad, mohon tabah melihat kemesraan mereka ye! -mynewshub







Sunday 11 January 2015

Respon Ustaz Ahmad Dusuki Kes Gadis Melayu Bertudung Peluk Artis K-Pop Yang Menjadi Kritikan Netizen...


 "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.

Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.



Pengguna Twitter Bongkar Kisah Sebenar Gadis Bertudung Dipeluk Artis K-Pop (2 GAMBAR)


Pelbagai gambar yang memaparkan gambar dan video klip gadis-gadis bertudung dicium dan berpelukan dengan artis Kpop telah menjadi satu isu hangat dalam kalangan pengguna laman sosial di Malaysia.

Orang ramai tidak putus-putus melemparkan pelbagai komen berbaur teguran, cercaan dan terkilan dengan tindakan gadis-gadis bertudung berkenaan yang dianggap memalukan agama dan bangsa.



Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama keezm yang mengakui berada di lokasi menyatakan apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis sendiri.

Pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan aksi memeluk artis k-pop berkenaan.

sumber


Apa Yang Pasangan Ini Buat Sehinggakan Ratusan Tetamu Tercengang Ketika Majlis Persandingannya?


Perkahwinan sememangnya dituntut dalam Islam. Pelbagai ragam kita dapat lihat semasa majlis persandingan diadakan sama ada dari tetamu atau dari pasangan pengantin sendiri.

Pastinya ia suatu persandingan yang cukup manis apabila seorang penolong penerbit TV sebuah stesen penyiaran tanah air ‘dikejutkan’ dengan permintaan hadirin yang mahukan dia dan pasangannya menari tarian zapin.

Ianya berlaku sewaktu sekumpulan penari zapin sedang menghiburkan pasangan mempelai dalam majlis persandingan mereka di Felda Kemelah, Segamat, Johor.


Oleh kerana tidak mahu menghampakan tetamu yang datang, Norishah Mohd. Aris dan suaminya Mohd Fuad Hussaini, kedua-duanya berusia 27 tahun pun ‘mengatur langkah’ menari tarian Zapin .
Nasib baik kedua-dua mereka memang sama-sama pernah mewakili daerah dalam pertubuhan kebudayaan Felda di kampung mereka suatu ketika dahulu .

Post by Puan Joy.


Bila si raja sehari dipaksa zapin di majlis sendiri!! Sape punye idea la ni kan? Hahaha nasib baik ingat step! This is awesome moment! Tq so much
Jadi ‘step’ tu masih ingat lagi sikit-sikit…
Walau bagaimanapun tahniah kepada kedua-dua mempelai kerana ‘sporting’ menghiburkan tetamu yang hadir .
Semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat ….amin




Tahniah Kerana Anda Berkahwin Secara Senyap-Senyap Dengan Suami Saya - Alyah


Teka teka mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah sebentar tadi dirungkai tadi oleh penyanyi berkenaan sendiri kepada BH Online.

Alyah turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.


"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.

"Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.


sumber


50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Ambil Tahu !!!


Mari kita baca apa fakta yang menarik tentang lelaki nih, ada yang yang betul ada yang tak betul, mungkin. Selamat membaca....

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? “Atau” Kau sudah makan? “Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. …Tak akan berani punya icon smile 50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di ‘atas’ lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan “tidak”, seorang lelaki mendengar sebagai “cuba lagi”.

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan “Diamlah” dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)



SUMBER : gilerkentang.com


PANAS!! Alyah Luah Perasaan Dalam Instagram? Cetus Persoalan Gambar Suami Dengan Wanita Lain? (2 GAMBAR)


Kami tidaklah pandai mahu menafsir luahan perasaan manusia di Instagram namun selepas baca beberapa kali apa yang disampaikan oleh penyanyi Alyah melalui akaun sosial beliau sebentar tadi, seakan ada yang tidak kena dalam kehidupannya kini.

Dalam status terbaru Alyah petang ini, penyanyi itu mengirimkan ayat berbaur pertanyaan tentang perngorbanan beliau selama ini yang seakan tidak cukup terhadap seorang individu.


Jika bercakap tentang soal cinta, pastinya semua tahu yang Alyah merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS sejak lebih setahun yang lalu. Adakah status penuh tanda tanya ini ditujukan buat suaminya itu dan hubungan mereka kini dalam masalah?

“Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi pengorbanan yang saya lakukan?” memetik sebahagian tulisan Alyah.

Kalau benar ada masalah dalam rumahtangga, ada baiknya jika diselesaikan sesama suami isteri tanpa membawa perkara ini ke laman sosial dan seterusnya menjadi spekulasi. Kami doakan yang baik baik sahaja buat Alyah & Datuk Ramli MS. -rotikaya

ini pula dipetik dari berita harian

Muat naik gambar Datuk Ramli MS dengan seorang wanita di laman Instagram sebentar tadi menimbulkan kemusykilan apa sebenarnya yang cuba dikatakan Alyah.

Namun keterangan gambar berkenaan seakan menunjukkan hatinya sedang kecewa dan menimbulkan persoalan apakah suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita berbaju kurung biru itu.

Cubaan menghubungi Alyah tidak berjawab.